Friday, April 9, 2010

pschyo

*sila baca post ini dengan laju laju macam bullet train.sebab aku nak cepat ni.aku kena pegi study laju2.

Saat berlaku : semalam 7 april 2010

Masa : 9.30 kot

Tempat kejadian : rumah (si hensem) dan jugak atas katil Kolej kediaman CD bilik DB116 (aku)


Si hensem: tengan buat ape?

Si pengantuk : tidur (sambil bersuara garau dan juga terkejut dengan suprise party untuk roomate)

Si hensem : aik.tidur?macam mane exam?esok ade exam? Dot dot dot

Si pengantuk : ngantuk.tut tut tut

Si macho : buat betul betul.jangan main main.cakap kat diri sendiri aisyah boleh boleh boleh.saya boleh buat.boleh boleh boleh.okay.sekarang cepat cakap boleh boleh boleh

Si mata panda : ish abah ni.taknak la.taknak (si panda tau apa niat si macho tu)

Si macho : haha.okaylah.belajar rajin rajin

Si mata lebam : haa

Tiba tiba teringat pulak kawan asma’.


Its gonna be a loooong story


Harap bersabar


Pada suatu masa dahulu.mula dah.tatkala aku bosan duduk rumah selepas habis matrikulasi.mummy ke daddy entah menghadiahkan aku dan adik aku si tikah sepet segugus tiket perlancongan ke Makassar,Indonesia.siapa tak pernah dengar nama makassar memang kuno.sangat kuno.itu kampung PM kita tau.dan ditemani dengan mummy tersayang.actually saja nak pergi tengok asma’ sambil mengambil kesempatan membuka bisnes quran.hoho.

Almost seminggu kot duduk terperap dekat rumah asma’.asma’ sibuk pegi hospital so kitorang taktau nak buat apa duduk rumah jela tengok dvd nak keluar karang sesat tak kawin aku.haha.suasana kat makassar lebih kurang macam kat malaysia or maybe macam sama je dengan sabah.

Hoi banyak dah aku merapu ni sebab bukan ini yang aku nak cerita sebenarnya.

Haa.tersebutlah kisah...ada sorang kawan asma’ ni nama H bukan nama sebenar.H is a medical student tapi dia macam ada masalah tekanan jiwa sikit.bukan gila ye tekanan jiwa je.or maybe tekanan emosi.aku pun macam pelik sebab bakal doktor sendiri ‘sakit’.dan dengar cerita bertambah terok sebab takde orang nak jaga dia.takpelah semoga semua yang terbaik untuk dia.satu habit kelakar dia.


H : asma’ sebut TAU tiga kali

Asma : nak watpe ?

H : H nak asma’ sebut TAU 3 kali

Asma’ : TAU TAU TAU (malas nak layan)

Kadang kadang ....

H : H nak asma sebut TAU

Asma’ : TAU

H : H tak puas hati.asma’ kena sebut TAU 3 kali

Asma : TAU TAU TAU

Pelik kan?kelakar kot.itulah penangan tekanan emosi dia.mak aku pun pernah ‘kena’ dengan dia even dia baru je kenal mak aku.kalau macam asma’ tu takpe lah kot dia nak suruh buat macam tu sebab asma’ rapat dengan dia.asma’ layan kan je dia kalau tak nanti dia mengamuk lagi susah. Makcik goreng pisang pun dia pernah suruh buat macam tu.mengamuk dia makcik tu tak buat.plus makcik tu pun tak paham apa yang dia nak sebenarnya.haha.



Lagi satu kejadian depan mata aku berlaku benda ni

H : H nak peluk dia (sambil tunjuk sorang mamat yang hantar dia balik tu )

Semua orang : ?? (pelik.ape kes tiba2 nak peluk laki)


Kelakar kot sampai aku and tikah takut nak keluar dari bilik lepas tu.before that bila dapat mesej dari dia.cakap nak datang rumah.semua ahli rumah tu cepat2 keluar rumah taknak face dia.maybe keterukan kesakitan dia sangat teruk time tu.sampai roomate asma’ sorok pisau yang ada kat dapur.dan pulak boleh kantoi dengan dia sebab dia perasan kitorang sorok pisau.haha

Memang pengalaman beremosi betul dapat pergi Makassar.

Sekain.eh.sekian.

Eh,korang dapat relate tak kisah perlancongan aisyah dan tikah di makassar dengan perbualan telefon antara si panda mata lebam dan si macho??cepat pikir sekarang!

TAU TAU TAU –BOLEH BOLEH BOLEH?


Kalau tak paham takpe nanti boleh text aku tanya.



Dah dah pegi study!



*Rindu time dekat matrik dula rajin rajin sampai dapat tahan godaan katil sebab kalau aku ngantuk.aku tidur kat meja je sampai sakit2 belakang.sekarang?ngantuk??DEBAB!gua landing terus je beb atas katil.semoga masih belum terlambat untuk aku berubah menjadi rajin kembali.acece...


Chow~


3 comments:

silalah komen