Saturday, April 3, 2010

ikot aku

Hidup mesti ada tujuan.untuk capai dan gapai tujuan matlamat hidup.mestilah kena ada prinsip kan.tak pun at least ada rules so that tak terpesong terbabas



Rule number one : kalau nak pergi library.tolonglah tinggalkan lappy tersayang kat bilik.kau takkan dapat kawal nafsu berinternet free kalau kau dekat library.walaupun kau ada broadband D (bukan nama sebenar) yang sangat sengal dalam bilik sendiri pun tak dapat.kau takkan kawal diri menstalker blog orang.study week ke hape ke kau tetap takkan kuat iman bila berdepan dengan internet kan.tahniah setan.



Rule number two : jangan mudah mengaku kalah.jangan mudah mengaku lemah.kau sakit pun jangan bagitau orang lain walaupun kau tau kau sihat tubuh badan kau jarang sakit. Kalau kau stress kau jangan cakap kau stress.kau cakap kau tak stress tak gelabah pun.kau selsema jangan cakap kau selsema.kau cakap kau gatal hidung je.masa ni lah kalau kau hipokrit orang tak marah



Rule number three: AMARAN.jauhkan diri anda dari katil.aku harap aku ada katil yang boleh dipasang duri atau paku pada waktu siang or maybe weekend je.bila aku mengantok aku akan on kan so that aku tak dapat tidur dan sambung study, berjaya dan boleh jawab exam dengan cemerlang.inilah peluang keemasan kepada para inventor.aku dah bagi idea ni bila nak lakar pelan nak invent benda baru.aku support korang.



Rule number four : pastikan anda mengikut peraturan umum.berusahalah sedaya upaya supaya kau jadi manusia yang berdisiplin dan berguna.nak aku bagi contoh ke?pada X march 2010.daddy telah membuat satu pengisytiharaan bahawa kau dinasihatkan untuk melayari internet tidak lebih daripada 30 minit.dah tahu tu pandai pandai la bajet masa cepat2 online pastu cepat2 pergi off laptop.jimat masa dan juga jimat duit if la kau online lama lama pastu daddy kena bayar extra sebab kau overuse.mudah je kan sebenarnya nak ikut peraturan.tahniah anda berjaya.



Rule number five : pastikan diri kau yang sentiasa teratur, kemas dan bersih.pastikan hidup kau teratur.catu duit kau ye agar kau jimat cermat tak membazir sampai nak survive sampai habis sem pun tak mampu.kemas kan diri tak cantik pun takpe asalkan neat.neat ye bukan nerd.kemas barang2 jangan jadi macam bilik **** yang bersepah sampai tikus pun tak sanggup nak duduk kat situ.anggaplah bilik kau tu hotel kemas je sepanjang masa.baru aman boleh study.tapi bilik aku sekarang kotor berselerak menerima tetamu baru.macam mana ni?takpe takpe kau sabar jelah.aku rasa kau dah macam robot semua benda mesti nak teratur.even posisi bakul mandi dalam toilet bila kau nak mandi pun kau letak kat tempat yang sama means kau macam robot yang buat sesuatu sama je tak berubah!






Cukuplah tu aku dah ambil masa yang lama tulis semua kemerepekan ni.pergilah siapkan kerja pergi study ke.

chow~

2 comments:

  1. hakhak.. betul jugak tu..!!!
    rasa cm follow tp bab tenet.. fuhhhh, susah tu !! ;D

    ReplyDelete
  2. haha.takpe maybe untuk kamu.tenet boleh tuk sejam.okay??heh

    ReplyDelete

silalah komen