Sunday, March 7, 2010

zaman muda mudi

Pernah tak korang mengelamun mengingat masa lampau?zaman kecik kecik dulu tak tau ape ape nak buat salah pun takde lah kena marah.bestkan jadi kanak2.jadi comel ;))


Tapi kalau nak cerita pasal zaman kanak2 aku sendiri pun taktau nak cerita apa sebab aku sendiri pun tak ingat.harap maklum ye aku ni hanya ada short-termed memory.


Menjadi orang kaya di negara asing takkan aku lupakan.alahai setakat pergi afrika boleh lah ko jadi orang kaya.rumah ada pak guard.pagar tinggi gila nak mati macam penjara dah aku tengok.keliling rumah ditemboki dengan tembok besar takkan siapa boleh tembus masuk pecah rumah FAMILY KHALIL la.okay maybe rumah aku tu memang direka khas sebegitu rupa sebab depan rumah tu ada sebuah sekolah sakit mental.haha.wuuuu.scary oooo.pastu company daddy tak mampu nak support kami semua pergi international school so aku dan adik aku atikah pergi la menumpang kat sekolah arab.mahmud si anak manja.agak2 kat mana lah kau sekarang?masih pakai benda tu lagi ka?aku pun tak tahu camne nak describe BENDA tu sebab aku tak tau nama die.ala yang lelaki boyot selalu pakai so that seluar tak terlondeh.macam tali pinggang tapi pakai kat bahu.hadoi susah betol nak describe.aku anggap korang paham jelah.lepas tu, waktu rehat kitorang main sep sep dengan mahmud tapi dalam bahasa arab la.


Zaman sekolah aku maybe aku boleh katakan zaman kegemilangan dan juga zaman kegelapan aku setakat ni.yela masing masing nak jadi remaja semua benda excited.dulu waktu kat sekolah smk sg pusu bukan busuk ye, aku ada geng yang hebat dan juga sangat famous sampai semua orang takot nak tegur.haha.takde lah sehebat tu.waktu rehat duduk kat meja paling hujung kat kantin gosip2 gelak2 sampai orang sebelah annoyed.bukan salah aku.safya yang suka buat lawak bodoh sampai aku suka gelak kuat kuat.dan juga kedatangan kucing ke port kami pasti akan menimbulkan kekecohan.banyak sangat kerja bodoh yang kitorang buat memerangi lelaki, membuat dajal, membahan orang dan macam2 lagi kenangan suka duka pahit kelat manis masam bersama sot sot tersayang.tiba tiba macam rindu pulak dekat korang .


Dah.itu je kot yang aku sempat nak cerita.daa ~~~

2 comments:

  1. bestla flash-back aisyah ni.. tergelak ummi membayangkan main sep-sep dgn si budak mahmud tu.. dlm arabic pulak tu.. Camnalah hai..haha

    ReplyDelete
  2. haha.ingat lagi kot sikit2 lagu die ;D

    ReplyDelete

silalah komen