Tatkala pelajar2 ums yang lain sedang berseronok berfoya foya dengan family tercinta di rumah, kami pelajar terpinggir menghadapi hidup yang agak sengsara di ums yang indah ini.
namun kami tak cepat melatah.hadapi hidup dengan tenang walaupun kadang kala kami membebel merungut tak puas hati dengan keterpinggiran kami.sunyi sepi ums ni walaupun dengan kehadiran kami.
Tiada bas shuttle yang sibok lalu lalang seperti dahulu.kalau dahulu, setiap saat aku akan terdengar bunyi enjin bas mengambil pelajar2 untuk ke kelas dan juga ke kolej kediaman.sekarang tidak lagi.aku sangat rindu pada bunyi enjin bas yang kedengaran walaupun bas itu masih jaoh.
Kami pelajar terpinggir terpaksalah berjalan kaki ke kelas.se awal jam7 sudah kami bergerak untuk ke kelas.menghirup udara yang segar sambil meneruni bukit yang agak tinggi.sungguh nyaman sekali rasanya;)
Sesudah tibanya kami di kelas.senaman menarik nafas wajib dilakukan.sungguh lelah kami berjalan kaki yang mengambil masa 20 minit itu bagi kami yang gemok ini.terpaksalah kami menahan sakit kaki walaupun sebenarnye otot kami mula terbentuk dengan lebih pejal.kami bersyukur masih diberi peluang untuk belajar ni ums yang serba indah ini.
Hari berganti hari.sudah dua minggu kami berjalan kaki ke kelas.dengan berbekalkan tenaga yang agak sedikit hasil dari nasik lunch semalam, kami masih mampu mengorak langkah menuju cita cita yang nun jaoh di sana.cafe di kolej kediaman masih belum dibuka menguji tahap kesabaran dan ketabahan kami.apalah yang kami lakukan.kami percaya setiap kejadian pasti ada hikmahnya.kami pelajar2 terpinggir semakin rapat dan erat menempuh dugaan kecil kehidupan ini.
Bukan itu sahaja.dugaan lain pula datang menjelma.kolej kediaman tersayang kehabisan bekalan air.hal ini agak tidak mengangguku kerana hanya 1 hari sahaja blok ku ketandusan air.sahabat2 handaiku yang lain lebih menderita kerana terpaksa berjalan jaoh mendaki tangga yang tinggi semata2 untuk mencari sebaldi air.ye saya sangat bersyukur kepada Allah
….to be continued…
*masa untuk study sudah tiba.nantikan kesinambungan nya
haha. bgus2. sihat a ko pasni. haha
ReplyDeletehaha.aku mmg sehat.bkn sehat SEHAT.sehat tubuh badan ;))
ReplyDelete